Tuesday, September 1, 2009

berbuka puasa

Hari ke-11 berpuasa,sekejap je masa berlalu...di bln puasa ni
memang aku tak lepaskan peluang berbuka bersama keluarga dan juga keluarga mentua di kampung setiap hujung minggu. Yela kesian kat diaorg,sunyi berbuka berdua je...lgpun rumahku tak jauh.
Nasib baik elman semakin hari semakin cerdik dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan jadi masa berbuka dia langsung tidak menyusahkan sesiapa. Hahaha....kadang2 dia pulak yg nk berbuka sekali. Elman pun semakin lama kuat makan..hari ini berbuka di kediaman sendiri.mmmm,apalah nk masak ari ni ekk..
Ingt menu nk masak sambal petai udang n jugak ayam masak lemak cili padi tapi tggu ptg nntila...syg baru nk pegi cari lauk..

Perkembangan tumbesaran







Awal kelahiran(1 Januari 2009;5.27pg)
Berat:2.87kg
Panjang tubuh:47cm
Lilit kepala:32cm







1bulan
berat:3.85kg
Panjang badan:56cm
Lilit kepala:35cm






















2bulan
Berat badan:4.95kg














3bulan
Berat badan:5.7kg













4bulan
Berat badan:6kg














5bulan
Berat badan:6.5kg











6bulan
Berat badan:7kg













7bulan
Berat badan:7.5kg
Panjang badan:
67cm
Lilit kepala:40cm

Friday, May 1, 2009


skang elman sudah menginjak usia 6bln. Dia da pandai meniarap yea..yea..
Bilalah plak elman hendak berjalan ekk..hahaha....kadang-kadang penat tersa hendak melayan elman tetapi bak kata suamiku biarla masa kecik2 menyusahkan asalkan masa besar menyenangkan kiita. Terharu aku mendengarnya...elman dia lain daripada budak-budak lain karenahnya. Hanya kami sebagai ibubapanya yg memahami malah nenek2 pun xmampu memahami karenah elman..

Thursday, January 1, 2009

Memori kelahiran elman


Sudah 7 buln berlalu malah elman sudahpun membesar dan hampir mencecah usia 1tahun, teringat kembali detik2 awal kelahirannya. Sepatutnya dijangka 29 Januari 2009 aku bakal melahirkannya tetapi apakan daya kuasa Allah yg menentukan pd tanggal 1 Januari 2009 elman ditakdirkan hadir kedunia baru bgnya. Masih terbayang2 lagi difikiran aku bl tiba saat2 yg xpernah aku dan suami melaluinya. Cemas,panik,gelabah,takut n jugak bimbang....apatah lg kandunganku masih lagi awal utk bersalin. Pada 30hb Disember 2008; 7pg bersamaan hari ahad kami sampai ke kediaman setelah pulang dr bertandang umah ibubapa. Tiada tanda menunjukkan aku ingin brsalin tetapi pada tengahari aku terasa senak dibahagian perut n terasa ingin membuang air besar seakan2 sembelit,aku tidak larat utk memasak bg suamiku syg...kesian dia terpaksa masak sendiri dan mkn lauk telur goreng n sardin je tgh tu....(memang suamiku selalu pulang utk mkn tgh).Aku hanya mampu baring sambil menahan kesakitan lalu tertidur..
Detik jam 5ptg perutku semakin sakit n aku sudah tidak mampu menahannya..bila aku periksa ada keluar sedikit lendiran darah seakan haid tetapi sedikit lain..aku telefon my mom dan mak aku ckp tu tnda2 nk bersalin,bayangkan kandunganku masih lagi 38minggu takkan dah nk bersalin. Cuak n takut mula menguasai diriku...tetiba suamiku pulang,dia ckp mak aku call suh dia pulang coz aku dah nk bersalin..kami berdua tak tau apa yg perlu dibuat,tanpa persediaan tambahan pula kami sepatutnya ada temujanji ngan doktor kami utk pemeriksaan kandungan haritu. Suamiku menelefon ibu mertuaku n ceritakan keadaanku dan kami disuruh supaya mengemas pakain dan brg2 elman sepatutnya yg perlu dan terus ke bilik kecemasan Hospital Sultanah Tunku Zahrah Kuala Trg. Ketika itu aku hanya mampu menagis disebabkan sakit yg teramat sangat...perancangan kami hendak bersalin ditempat lain tergendala..
Setibanya disana,aku diperiksa oleh doktor n dia ckp bukaan jalan sudah 2cm jd aku ditahan dlm wad bersalin. Begitu sedih sekali sbb aku ditahan dlm wad yg mana aku mmg langsung xsuka dgn keadaan dan bau hospital. Ke-2 keluarga,saudara-saudara mara dtg melawat aku...bermacam-macam ragam diaorang n mcm2 usikan kononnya bertujuan menakutkan aku tak lupa juga buat my mom n mak mertua aku yg memberi kata2semangat...31hb disember 2008;aku masih lagi kat wad dan tanda2 nk bersalin sudah tidak kurasakan. Aku meminta agar boleh keluar wad dr doktor sebab sudah naik rimas dgn keadaan dlm wad memandangkan masih lg tak bersalin tetapi tidak dibenarkan. Doktor sempat lg bergurau "alaa mayb ank awk tu nk smbut thn baru kot" sambil tersenyum...ada ke patut doktor ni,mmg nk kena je hahaha...sama jugakla fmly aku n fmly mak mertua aku ckp kalu rasa nk bersalin tahan dulu, bersalinla 1.1.09la br beshh..aku yg nk beranak ke diaorang hua..hua..hua..
Memang masin betol mulut dioarang suma ni,tanggal 1.1.09 kol 3.30pg sakit kuat mula terasa dan aku langsung xble tdo. Kerap kali aku ketandas...semua pesakit nyenyak tdo tp aku sorng je yg mundar mandir ke toilet. Aku terus tanya nurse shift mlm dlm wad tersebut kenapa perut sakit tak terkata,lalu nurse periksa laluan jalan dan ckp "ok awk ble kemas brg bwk kain lampin,pampers,bj bayi dan masuk labor room sbb laluan jalan dah bukak 5cm". Aku terus telefon suami,my parents bgtau yg aku dah nk bersalin memndangkan dlm wad bersalin tidak dibenarkan sesiapapun menemani pesakit.
Sebaik masuk ke bilik bersalin,hanya Allah sahaja tau betapa seramnya bila aku terdengar pesakit sebelah mengerang kesakitan bersalin. Aku diminta ganti baju,baring diatas katill keseorangan dan doktor mula periksa nadi aku,nadi bayi dan apa yg sepatutnya aku pun tak tau..aku hanya mampu mengucap dan membaca surah yg memudahkan kelahiran. Seram sejuk tubuhku maklumla pengalaman pertama dan pukul 4.30pg suamiku diminta masuk menemani aku. Suamiku memegang tgn dan mengucup dahiku sambil memberi kata2 semangat tapi aku seakan2 khayal dlm dunia lain...seakan2 xdengar apa yg suamiku ckp...kemudian nurse periksa bukaan laluan dan ckp tggu sedikit lagi biar bukaan jalan hampir 9cm br ble meneran. Tetapi aku memang xble lagi menahan kesakitan terasa ingin meneran tetapi nurse melarang aku meneran coz blom smpai masa lagi. Aku berdoa semoga permudahkan kelahiran n jauhkan sebarng kejadian yg xdingini berlaku. Pukul 5.15pg nurse periksa laluan sudah buka 9cm dan dia sempat lagi memberi tunjuk ajar cara2 hendak meneran dan sesekali menegaskan jgn cuba angkat punggung. Aku dah xble tahn dah...4x meneran sambil diiringi air mata Alhamdulilah tepat jam 5.27pg kedengaran tangisan elman dengan seberat 2.87kg. Takutnya tgk elman mula2 kuar,tapi bila nurse letak diatas dada sebak rasa n sempat kukucupnya,lalu suamiku memangku elman dan melaungkan azan dan iqamah. Sesudahnya suamiku disuruh keluar n sempat lagi suamiku berbisik "gagahla ayg waheeda" sambil tersenyum. Nak tergelak pulak aku rasa ketika itu...
Bayangkan 40minggu iaitu genap 9buln elman dilahirkan.Kelakar pulak rasa,org lain sambut tahun br tapi kami sambut kelahiran baby huhu.... Itulah pengalaman bersalinkan Muhammad Elman..saat itu aku terasa serik lagi hendak bersalin tetapi bila difikirkan semula seronok pulak hehehe...
semoga Elman menjadi insan yg soleh dan berbakti pada ibubapa.